Suman Rao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suman Rao
Kelahiran
Suman Ratan Singh Rao

(1998-11-23) 23 November 1998 (umur 25)
Aidana, Rajsamand Rajasthan, India
Pusat pendidikanUniversiti Mumbai
Pekerjaan
  • Model
  • pemenang kontes kecantikan
PangkatFemina Miss India 2019
Miss World Asia 2019
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambuthitam
Warna matacoklat
Pertandingan
utama
Femina Miss Rajasthan 2019
(Juara)
Femina Miss India 2019
(Juara)
Miss World 2019
(pemenang ketiga)

Suman Ratan Singh Rao (lahir 23 November 1998) ialah model dan pemenang pertandingan kecantikan Femina Miss India 2019.[1][2] Beliau mewakili India pada pertandingan Miss World 2019 yang berlangsung di ExCeL London, United Kingdom dan terpilih sebagai pemenang ketiga serta Miss World Asia.[3]

Pertandingan kecantikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018 Suman mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Navi Mumbai. Dalam acara itu, beliau dinobatkan sebagai pemenang kedua.[4]

Pada tahun berikutnya beliau menghadiri ujibakat Femina Miss Rajasthan 2019 dan terpilih sebagai juara utama. Suman kemudian mewakili Rajasthan di Femina Miss India 2019 peringkat kebangsaan.[5]

Pada 15 Jun 2019 Suman dianugerahkan sebagai Femina Miss India World 2019 di Stadium Sardar Vallabhbhai Pateel Indoor, Mumbai. Penganugerahan diserahkan terus oleh Femina Miss World tahun sebelumnya iaitu Anukreethy Vas.[6][7] Dalam acara yang sama, Suman juga menerima anugerah 'Miss Rampwalk'.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Femina Miss India 2019: Suman Rao was crowned Miss India World 2019, Shivani Jadhav Miss Grand India and Shreya Shanker Miss India United Continents". Indian Express. 16 Jun 2019. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  2. ^ "Who is Suman Rao? Check out the Miss India 2019's 7 most stunning photos". Times Now. 16 Jun 2019. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  3. ^ "Miss World 2019 winner is Miss Jamaica Toni-Ann Singh, India's Suman Rao is second runner-up". India Today. 14 Disember 2019. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  4. ^ "5 lesser-known facts about Suman Rao - the Indian contestant at Miss World 2019". Times Now. 12 Disember 2019. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  5. ^ "Suman Rao from Rajasthan Crowned Miss India 2019". News18. 16 Jun 2019. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  6. ^ "Miss India 2019 winner is Rajastan's Suman Rao". Asian News International. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  7. ^ Press Trust of India (16 Jun 2019). "Suman Rao crowned Miss India World". Deccan Herald. Dicapai pada 14 Julai 2020.
  8. ^ "Fbb Colors Femina Miss India 2019: Sub contest winners". ETimes. 2 Jun 2019. Dicapai pada 14 Julai 2020.